21 January 2013

Hukum kencing berdiri dalam Islam




Hukum kencing berdiri dalam Islam

Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.


Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.


Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri.


[Hadis daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath ] no: 5998 (Bab Nama-nama yang bermula dengan Muhammad, hadathana Muhammad bin al-Hasan bin Makrum...........) dan isnadnya dinilai sahih oleh penyemak: Mahmud Hasan Ismail. Juga dikeluarkan oleh al-Bazzar dan dinukil oleh al-Haithami dalam Majma al-Zawaaid, jld 2, ms 83, no 2454 dengan lafaz yang sedikit berbeza. Kata al-Haithami: Para perawi al-Bazzar adalah perawi yang sahih.]


Hudzaifah r.a. pernah berkata: Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri.


[Sebahagian dari hadis yang panjang, dikeluarkan oleh Ibnu Jarud, Muslim, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, lihat Sahih Muslim ] no: 273. (Kitab Taharah, Bab Menyapu di atas kasut)]


Sementara itu ada sebuah athar drpd A’isyah r.a.: Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.


[Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi ?no: 012. (Kitab Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).]


Penerangan A’isyah ini tidaklah bertentangan dgn penerangan Hudzaifah. Penafian A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir.


Oleh itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah.
Share This

No comments:

Post a Comment

Don't Miss this Great Product , Buy it NOW !
Designed By Blogger Templates