17 February 2013

Usahawan Kecil untuk Pelajar Perubatan

Berminat untuk saya nukilkan di sini tentang Usahawan Kecil untuk Pelajar Perubatan. 

Mungkin pelajar perubatan di malaysia mahupun di luar negara kurang berfikir tentang perniagaan kecil-kecilan apa yang mampu di buat ketika waktu belajar.

Ada kalanya ramai orang kata pelajar perubatan tidak perlu sibuk dengan perniagan kecil atau usahawan kecil kerana pelajar medik terlalu sibuk dengan ilmu perubatan yang perlu di hadamkan dalam kepala ini.

Tetapi bagi saya, jika anda tahu menguruskan masa dengan baik, kenapa tidak mencuba untuk menjana sedikit wang bagi menyara hidup anda ketika sedang menuntut ilmu perubatan.

Orang kata. Cuba dahulu, baru anda tahu pahit ke manis makanan ini. 

Justeru, tidak salah untuk anda berniaga secara kecil-kecilan untuk menjadi usahawan kecil semasa bergelar pelajar perubatan. Bermula dengan kecil-kecilan, akhirnya ke arah lebih besar dan maju.

Langkah sejuta bermula dengan satu langkah pertama.

Cumanya, anda akan tertanya-tanya perniagaan kecil-kecilan apa yang terbaik untuk pelajar perubatan seperti anda?

Saya cuba senaraikan. Tetapi sebelum saya senaraikan, anda perlu lah anda mindset bisnes sebagaimana usahawan di luar sana. Jika tidak, anda akan rasakan apa yang saya senaraikan ini seperti tidak logik dan kelakar ataupun Lawak Hambar.

Senarai usahawan kecil sebagai pelajar perubatan :

1. Menjual nota power anda kepada rakan-rakan
2. Menjual ubatan baru anda sendiri
3. Diagnose penyakit rakan anda secara luar tabii

Selamat berniaga wahai pelajar perubatan yang mengelar diri usahawan kecil.

Abaikan membaca jika tidak masuk akal.
Read More

14 February 2013

Hukum Derma Darah dalam Islam



Apakah Hukum Derma Darah dalam Islam?

Soalan: Assalamualaikum Syeikh. Saya mahukan kepastian tentang hukum derma darah yang sebenar-benarnya.

1. Hukumnya harus kerana ia dikatakan sebagai ibadah menolong orang yang memerlukan dan haram memberi kepada orang kafir yang menentang Islam

2. Hukumnya haram, kerana darah adalah najis. Darah bila keluar dari badan menjadi najis, najis tadi dimasukkan ke dalam karung plastik. Ini dinamakan derma darah, kemudian darah yang bergelar najis tadi diberikan pula kepada orang lain untuk dimasukkan ke dalam badan, yang dimasukkan tadi darah yang sudah menjadi najis..

Di sini saya menjadi keliru dan mahu keterangan yang jelas dari syeikh. Maaf di atas soalan hamba yang daif


Jawapan: Wasalam. terima kasih di atas soalan yang baik.

1) Menderma darah adalah satu pekerjaan yang baik, kerana kita membantu untuk seseorang itu meneruskan kehidupan. Allah SWT berfirman, “sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (Al-Maaidah: 32)

Jadi di sini, Allah SWT ingin beritahu bahawa nyawa manusia itu amat penting untuk dijaga (Nyawa termasuk dalam penjagaan syara’ selain daripada 4 yang lain iaitu menjaga agama, keturunan, akal, dan harta).

Sebab itu para ulama muktabar memberi pendapat berdasarkan dalil al-Quran dan hadis, sekiranya ada pesakit yang apabila tidak menggunakan satu ubat yang haram, ia akan mati. Maka ia perlu gunakan ubat tersebut berdasarkan keperluannya sahaja. Kaedah ini mengikut prasyarat yang ada di dalam kaedah al-Masoleh al-Mursalah.

2) Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk tujuan perubatan seperti berikut:

“Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil manfaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”.

3) Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”.

4) Ya, tidak boleh memberi kepada orang kafir yang menentang Islam. Namun tidak mengapa kalau hendak memberi kepada orang kafir yang baik dan tidak mengapa juga hendak bercampur darah dengan orang kafir ketika sesi pengumpulan sampel-sampel darah.. Wallahu A’lam

Semoga entri hukum derma darah dalam islam ini membantu anda semua dalam memahami perubatan islam dengan lebih mendalam.. sumber : fikrahhalaqah.
Read More

12 February 2013

Lawak Hambar pelajar Perubatan




Disebabkan saya juga pelajar Perubatan, ada beberapa teori dan lawak hambar bagi semua medical student. Ikuti bersama.

Permulaan tahun baru - Saya Pasti akan dapat Pelajar Paling Cemerlang tahun ini.

Separuh tahun dari musim peperiksaan - Saya tak pasti mampu dapat jadi pelajar paling cemerlang (top 10)

1 bulan nak exam - Saya pasti dapat A 1st class

1 minggu lagi - 2nd or 3rd class pun ok je

1 hari lagi - Oh man.. sepatutnya saya kena belajar awal.

Dalam bilik exam - Oh God, hanya lepaskan saya.. selamatkan saya..

Selepas exam - Kawan, bila exam ulangan ?

Saya perlu dapat sekurang-kurangnya Cemerlang dalma exam ulangan..

perggghhh..

hambar.

dan moga diambil iktibar semua.
Read More
Don't Miss this Great Product , Buy it NOW !
Designed By Blogger Templates